MOHD FADZIL ARIPIN
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Creeper Design
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ingin keluar dari zon selesa membuatkan saya, Mohd Fadzil Aripin menceburi bidang bisnes 10 tahun dahulu. Ketika itu kerjaya asal saya adalah sebagai pereka grafik di syarikat MAYDIN Subang Jaya. Sejak tahun 2008 saya membuat nekad membuka syarikat sendiri menghasilkan tempahan pakaian seragam dan kemeja korporat jenamanya saya sendiri.
Kini, merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Creeper Design, saya harus berwawasan lebih tinggi demi memartabat dan memperkenalkan jenama pakaian korporat buatan saya di pasaran global.
Keputusan saya menceburi bidang perniagaan ini adalah untuk mencabar diri sama ada saya boleh berubah daripada makan gaji atau saya mengeluarkan gaji kepada orang lain dan saya menentukan nasib saya sendiri. Begitu juga arah tuju bisnes atau mana-mana organisasi yang saya pandu.
Semasa mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini, bermacam pekerjaan saya buat, dari membantu rakan buat majlis korperat hinggalah kerja printing dan pengiklanan saya lakukan. Jadi sebagai usahawan saya sendiri menyahut cabaran tersebut keluar dari zon selesa cuba membina kerjaya selain membuat perbezaan dalam masyarakat.
Saya sedar saya bukanlah dari keluarga berada, saya merupakan anak Peneroka Jengka 9, memulakan perniagaan dari bawah secara keci-kecilan setelah membuat keputusan berhenti kerja sebagai pereka grafik 10 tahun lalu adalah tepat malah bertambah yakin untuk memenuhi cita-cita dan kehendak naluri.
Syarikat yang menghasilkan baju atau produk yang sama terlalu banyak dipasaran namun Alhamdulillah, saya bersyukur kerana jenama saya masih menjadi pilihan Malaysia malah dapat tembusi pasaran global.
Pada dasarnya Creeper Creative saya telah berjaya menghantar produk saya ke Uganda pada tahun pertama perniagaan beroperasi 10 tahun dahulu, kini kami berusaha untuk memperkemaskan dan memperpuaskan jenama saya yang telah menembusi pasaran antarabangsa seperti London, Perancis, Brunie, Singapura, Mesir dan Dubai. Saya juga ada menerima tempahan dari syarikat korporat tempatan.
Rekaan produk berasakan seragam ini merupakan hasil kajian dan pembangunan yang telah dilakukan oleh kumpulan saya sendiri terutama dari segi fesyen dan bentuknya mengikut dan mencipta trend kearah kehendak pelanggan demi kepuasan mereka, kualiti mutu memanglah fokus utama yang menjadi jaminan saya sejak dahulu, saya juga sering mendapat maklum balas daripada pelanggan, apabila adanya masalah memang saya akan titiberatkan dan saya bertanggungjawab membantu mereka.
Saya yakin semua pelanggan saya yang pernah menempah pakaian seragam atau kemeja korporat dengan syarikat ini berpuas hati dengan perkhidmatan dan produk saya, saya juga yakin saya adalah antara dikalangan perintis yang terawal menggunakan pentas website untuk memperkenalkan keluaran Corporate Customized ke mata dunia.
Saya berjanji pada diri saya sendiri bahawa saya akan meningkatkan penelitian serta menitikberatkan hubungan baik dengan pelanggan. Hal ini kerana, hubungan baik dengan pelanggan adalah sangat penting selain memastikan meraka mendapat produk yang sangat berkualiti.
--
Thanks for your e-mail, Whatsapp 010 3425 700, Below abouts our business: Casual Shirt
Corporate Shirt
Collar T Shirt
Printed Shirt
Custom Jacket
The best way, please call me 010 3425 700 to rush quotation,
Dear Valued Customer, we are truly appreciated your effort we expecting suggestions and feedback for improvement for our services.
Creeper Creative Showroom & Factory No 42 A, Jalan PJU 10/10D, Saujana Damansara, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel : 0361480154; 036143 5225 | |
Hours: 09:00 to 18:00(
Saturday 09:00 to 13:00 & Sunday Close)
from Blogger http://ift.tt/2AZLtfI
via IFTTT
No comments: